Connect with us

Pilihan Editor

Kongsi hasil negara, k’jaan akan balas budi rakyat, kata PM

KULIM, 30 Jun — Kerajaan akan membalas budi rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan (PH), sebagai gabungan parti untuk memimpin negara pada pilihan raya umum lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun ada pihak yang berkata tiada pencapaian yang dibuat setelah PH menjadi kerajaan, namun sebenarnya sudah banyak yang dihasilkan oleh pemerintahan PH.

Loading…

“Kita sudah selesaikan banyak masalah yang ditinggalkan parti lama (yang memerintah sebelum ini) dan kita percaya tidak lama lagi keadaan negara kita akan pulih.

“Kita sudah janji untuk berkongsi kekayaan negara dan kita perkenalkan dasar baharu iaitu kemakmuran bersama.

Advertisement

“Kita akan tentukan tiada sesiapa akan tertinggal,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Peringkat Nasional di sini, malam tadi.

Dr Mahathir berkata dasar baharu kerajaan akan dapat direalisasikan selagi rakyat menyokong segala rancangan yang disusun kerajaan.

Beliau berkata bagi sektor pertanian, yang banyak melibatkan golongan miskin misalnya, bidang itu akan diperkenalkan dengan pelbagai pendekatan baharu, supaya rakyat di luar bandar dapat menikmati kemakmuran sama seperti di bandar.

Sementara itu katanya setelah PH mengambil alih pentadbiran negara, semua pihak kini sudah tidak lagi berada dalam ketakutan dan bebas membuat teguran kepada kerajaan.

“Pemerintahan ini walaupun dikatakan tidak cekap, tapi lebih cekap daripada (kerajaan) dahulu dan dengan penghapusan rasuah, negara akan lebih maju dan rakyat hidup lebih sempurna,” katanya.

Advertisement

Hampir 20,000 rakyat hadir pada majlis Aidilfitri yang diadakan di Dewan Konvensyen MBI Desaku di sini yang turut dihadiri Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel