Connect with us

Terkini

Ada lagi episod dua video intim mirip menteri

Individu yang tidak dikenali telah menyebarkan video bahagian kedua yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, petang tadi.

Modus operandi yang sama digunakan dengan beberapa kumpulan Whatsapp diwujudkan dan pelbagai individu, termasuk wartawan, dimasukkan dalam kumpulan-kumpulan berkenaan.

Loading…

Dalam salah satu kumpulan, individu itu memuatkan klip dengan menggunakan nama samaran ‘Najib Razak’.

Kumpulan Whatsapp yang dinamakan ‘Azmin Ali bahagian 2/4’, memaklumkan bahawa pelaku merancang menyebarkan dua lagi klip, lapor Malaysiakini.

Advertisement

Kelmarin, media digemparkan dengan kemunculan satu kumpulan WhatsApp berjudul ‘Jamuan Raya ***,” yang menyebarkan tiga video seks mirip seorang menteri Pakatan Harapan(PH).

Sebelum ini Mohamed Azmin, yang juga adalah timbalan presiden PKR, menafikan pembabitan dirinya dalam klip video bahagian pertama, yang dikeluarkan kira-kira jam 1.25 pagi, Selasa lalu.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan bertegas akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.

Ketiga-tiga klip video yang didedahkan pada pagi Selasa lalu itu adalah sepanjang 1 minit dan 35 saat.

Klip terbaru yang disebarkan petang ini adalah sepanjang 1 minit dan 29 saat.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel