Connect with us

Terkini

Agong terima mengadap Mohamed Azmin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter rasminya, Mohamed Azmin berkata, beliau menjunjung nasihat serta pedoman daripada Sultan Abdullah.

Loading…

“Menjunjung kasih KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima menghadap patik di Istana Negara.

“Titah nasihat dan pedoman KDYMM SPB Tuanku akan patik junjung sentiasa,” tulis Mohamed Azmin di Twiternya.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden PKR bagaimanapun tidak mendedahkan perkara dibincangkan ketika pertemuan.

Advertisement

Menerusi perkongsian lain di Twitternya, Mohamed Azmin turut menyentuh berkaitan lawatan khas Sultan Abdullah ke Emiriah Arab Bersatu (UEA) bagi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan lakukan tindakan susulan lawatan yang membuahkan hasil antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu,” katanya lagi.

Mohamed Azmin sebelum ini dikatakan terbabit dalam aksi video lucah bersama seorang lelaki.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkannya sebagai satu komplot yang berniat jahat untuk menjatuhkan karier politiknya.

Mohamed Azmin turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan video berkenaan.

Advertisement

Susulan penyebaran video lucah berkenaan, kes itu kini sedang disiasat pihak polis dengan penahanan Muhammad Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dilaporkan cuba berlepas ke Manila, Filipina.

Haziq Abdullah sebelum ini telah memuat naik satu video bersumpah mengaku dirinya terbabit dalam video lucah tersebut dan mendakwa Mohamad Azmin bersamanya dalam video berkenaan. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel