Bapa kepada bayi perempuan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menyampaikan berita gembira tersebut kepada rakyat Malaysia semalam.
“Ainul sudah sedar, Alhamdulillah”. kata menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Dengan berkongsi gambar wajah anak sulungnya itu yang sudah tidak lagi memiliki ketumbuhan seberat 200 gram pada mulutnya, Ahmad Safiuddin meluahkan rasa syukur pembedahan selamat dijalankan.
“Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan keadaan Ainul betul-betul stabil sebelum dipindahkan semula ke dalam wad biasa.” Tulisnya lagi.
Semalam Ainul Mardhiah, 9 bulan, telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada mulutnya di London.
Ahmad Safiuddin meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah dan mengharapkan ananya segera sembuh selepas ketumbuhan itu berjaya dibuang.
“Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya semua,” – Malaysian Update