Connect with us

Berita Lain

Anwar jumpa Dr M bincang isu pelantikan Latheefa

Presiden PKR Anwar Ibrahim menerusi sosial media miliknya hari ini memberitahu beliau telah bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkenaan isu pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu, Anwar yang juga MP Port Dickson menjelaskan kepada perdana menteri konteks persoalannya mengenai bagaimana Latheefa Koya dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru SPRM.

Loading…

“Saya menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM).

“Saya juga memaklumkan kepada Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Advertisement

Anwar menjelaskan bahawa kedua-dua mereka bersetuju rasuah yang dilakukan sama ada oleh pentadbiran PH atau BN akan dapat ditangani dengan lebih cekap di bawah kepimpinan ketua pesuruhjaya SPRM yang baru.

Sebelum Anwar meminta penjelasan perdana menteri susulan pelantikan ketua SPRM yang tidak memenuhi proses yang digariskan dalam manifesto PRU14 PH.

Selain isu Latheefa, mereka turut membincangkan tentang hal ehwal hubungan antarabangsa. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel