Connect with us

Terkini

AS hantar 1,000 anggota tentera tambahan ke Poland

GLOBAL | Rumah Putih pada Rabu berkata Amerika Syarikat (AS) akan menghantar 1,000 anggota tentera tambahan ke Poland, satu langkah yang mungkin mencetuskan kebimbangan dari segi keselamatan di pihak Rusia, lapor agensi berita China Xinhua.

“Amerika Syarikat dan Poland telah bersetuju dengan rangka kerja untuk menghantar tambahan 1,000 anggota tentera ke Poland,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Presiden AS Donald Trump pada Rabu mengumumkan semasa sidang akhbar bersama dengan Presiden Poland Andrzej Duda yang ketika itu dalam rangka lawatan ke AS bahawa infrastruktur bagi 1,000 anggota tentera terbabit akan dibina oleh kerajaan Poland “tanpa sebarang kos ditanggung oleh Amerika Syarikat.”

Duda berkata peningkatan kehadiran tentera AS di Poland adalah perlu untuk mempertahan negara itu daripada Rusia dan memperkukuh hubungan Poland dengan Barat.

Advertisement

Poland, yang menyertai NATO pada 1999, ketika ini menjadi tuan rumah kepada kira-kira 4,500 anggota tentera AS. Ia telah melobi untuk sebuah pangkalan tentera AS yang kekal di bumi Poland, malah sanggup menawarkan untuk membayar kos sebanyak US$2 bilion.

Trump mengiktiraf keputusan Warsaw’ untuk membeli 32 jet pejuang F-35. Sebuah pesawat pejuang F-35 AS melakukan penerbangan di depan Rumah Putih sejurus sebelum sidang akhbar bersama itu bermula.

Trump memuji komitmen penuh Poland untuk membelanjakan lebih dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya untuk pertahanan, yang didesak berulang kali oleh pentadbiran Trump agar dilakukan oleh sekutu lain NATO.

Trump juga berkata beliau kini mempertimbang secara serius untuk melawat Poland pada September.

Washington dan Warsaw telah memperkukuh keselamatan dan hubungan diplomatik mereka.

Advertisement

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kedua-dua negara bersetuju dalam pelbagai isu serantau seperti isu nuklear Iran, dakwaan ancaman Rusia dan projek saluran paip Nord Stream 2.

Moscow telah meluahkan kebimbangan mengenai niat Warsaw dan berkata peluasan NATO ke sempadan Rusia akan menjejaskan kestabilan Eropah.

Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel