Connect with us

Pilihan Editor

Azmin bidas Lokman, biar polis siasat bukan ‘cicak mengkarung’

Cabaran ujian poligraf oleh Anggota Majlis (MT) Tertinggi Umno Lokman Noor Adam hari ini menerima kecaman oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin yang menggelar Lokman sebagai “cicak mengkarung” mengecam cabaran Lokman tersebut dengan berkata bukan pemimpin Umno itu yang patut menentukan bagaimana penyiasatan patut dijalankan terhadap skandal video seks sejenis yang didakwa membabitkan dirinya.

Loading…

Mohamed Azmin yang ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di Kuala Lumpur hari ini berkata Lokman cuba menentukan segalanya dalam kes tersebut.

“Ini masalah Umno, dia penyebar fitnah, dia nak jadi pendakwa, nak jadi penyiasat, hakim, dia nak menentukan segalanya,” kata Mohamed Azmin seperti dipetik Malaysiakini.

Advertisement

Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata beliau telah mengambil langkah undang-undang berdasarkan nasihat peguamnya, termasuk laporan qazaf yang dibuat kepada pihak berkuasa agama serta memberikan kerjasama terhadap siasatan polis.

“Saya telah mengambil beberapa langkah undang-undang atas nasihat peguam saya.

“Pertama telah melakukan laporan qazaf serta telah membuat laporan polis dan kita telah memberikan kerjasama terbaik pada mereka dan bukan cicak mengkarung seperti (Lokman) ini yang hendak menentukan proses siasatam, hasil siasatan, dan tindakan-tindakan seterusnya,” kata Mohamed Azmin.

Sebelum ini Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong mengakui dirinya merupakan individu di dalam video lucah tersebut yang didakwanya bersama Mohamed Azmin.

Namun Mohamed Azmin telah berulang kali menafikan dakwaan itu dan berkata ianya tuduhan yang berniat jahat bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Advertisement

“Ini adalah satu perbuatan kejam, fitnah yang jahat, cukup terancang yang didalangi orang tertentu,” katanya lagi.

Baca: Dituduh terlibat, Lokman Adam sedia jalani ujian poligraf



Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel