Connect with us

Pilihan Editor

Azmin nafi terlibat video lucah, dakwa komplot jahat untuk musnahkan karier politiknya

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan dirinya terlibat dalam satu rakaman video lucah bersama seorang lelaki yang tular di media sosial sejak semalam.

Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, rakaman video tersebut digunakan sebagai satu komplot semata-mata untuk menjatuhkan maruah dan memusnahkan karier politiknya.

Loading…

“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadhan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.” Katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

Advertisement

Mohamed Azmin juga berkata, beliau akan mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

“Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

“Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain,” katanya lagi.

Sejak semalam, tular sebuah video seks atas ranjang yang didakwa membabitkan seorang lelaki dan juga menteri kabinet yang diedarkan dalam tiga bahagian yang turut dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin.

Advertisement

Hari ini tersebar lagi sebuah video pengakuan bersumpah, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin membuat pengakuan bahawa dia memang benar-benar terlibat dalam aksi seks bersama Azmin.

Kejadian itu dakwa Haziq berlaku pada 11 Mei lalu semasa pilihan raya kecil Sandakan di bilik menteri berkenaan di sebuah hotel di Sandakan.

Mohamed Azmin bagaimanapun berkata, beliau yakin bahawa polis dan SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terlibat.

“Saya yakin polis dan SPRM akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya lagi. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel