Connect with us

Terkini

Azmin tidak perlu bercuti kerana siasatan dijalankan – Tun M

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu bercuti sementara siasatan dijalankan berhubung video kontroversi yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Beliau berkata, mana-mana menteri hanya perlu bercuti sekiranya siasatan itu mempunyai kaitan dengan salah laku atau jenayah, bagaimanapun kes yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin adalah bermotifkan politik.

Loading…

“Sebenarnya, ia bertujuan untuk memalukan beliau dan untuk mendesak beliau supaya bercuti. Saya tidak suka maklumat politik ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Mahathir berkata, siasatan berkaitan video itu akan diteruskan di mana Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, tidak akan menimbulkan sebarang halangan.

Advertisement

Mohamed Azmin memberi kenyataan beliau kepada polis pada Isnin lepas berhubung video yang didakwa dikaitkan dengan dirinya.

Pada Rabu lepas, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan oleh seorang individu yang cuba mengaitkan beliau dengan video seks, dan menyifatkannya sebagai tuduhan jahat dan percubaan untuk memusnahkan reputasi dan dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan kerjaya politiknya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel