Connect with us

Terkini

‘Bangsawan, pemimpin sombong macam iblis akan terima nasib sepertinya dilaknat sepanjang masa,’, kata Mufti Perlis

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata sekiranya sifat sombong wujud dalam diri seseorang itu tanpa mengira orang biasa, bangsawan atau pemimpin, maka mereka juga bakal menerima nasib yang sama seperti iblis.

Tanpa merujuk kepada individu atau kenyataan pihak tertentu mufti Perlis itu memberikan nasihat supaya bermuhasabah diri mengenai sikap sombong yang menyebabkan iblis menerima kutukan tuhan.

Loading…

“Iblis itu sombong kerana merasakan taraf dirinya jauh lebih tinggi dibandingkan pihak lain. Itu sifat iblis yang berbangga dengan keturunan dan memandang rendah kepada keturunan orang lain.

“Sifat Iblis itu jika ada dalam diri mana-mana individu biasa, bangsawan atau pemimpin maka dia akan menerima nasib seperti Iblis iaitu dilaknat sepanjang masa,” kata beliau pada hantaran di Facebook malam ini.

Advertisement

Menjelaskan lanjut, Asri berkata orang Melayu terkenal dengan sifat merendah diri dan kesombongan merupakan “pakaian iblis serta firaun.”

Orang Melayu itu terkenal dengan merendah diri, apatah lagi seorang muslim. Kesombongan boleh membawa kepada kekufuran. 

“Justeru, firaun dan segala kesombongannya berakhir dengan kelemasan di lautan. 

“Demikianlah firaun-firaun kecil akan berakhir dengan tragis,” jelas beliau lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel