Connect with us

Mahkamah

Bekas CEO akui Najib ‘bos sebenar’, tak nafikan ada pengaruh atas KWAP

Bekas CEO KWAP, Azian Mohd Noh hari ini memberitahu Mahkamah bahawa Najib Razak adalah “bos sebenar” bagi Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Azian berkata demikian ketika menjelaskan kuasa yang ada terhadap nota ditulis Najib berhubung permohonan SRC International Sdn Bhd bagi mendapatkan pinjaman berjumlah RM3.95 juta pada 2011.

Azian turut berkata catatan di dalam surat itu datangnya dari perdana menteri dan menteri kewangan, yang bertanggungjawab terhadap KWAP jadi pengaruhnya terhadap dana tersebut tidak dapat dinafikan.

Loading…

“Tiada keterikatan dari segi undang-undang, tapi saya tak boleh cakap perkara yang sama dari segi soal pengaruh’.

Advertisement

“Catatan dalam surat itu datangnya dari perdana menteri dan menteri kewangan, yang bertanggungjawab terhadap KWAP.

“Dia bos sebenar saya, jadi saya tak boleh nafikan, sedikit-sebanyak ada pengaruh,” katanya ketika menjawab pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR), Ishak Mohd Yusoff seperti dilaporkan Malaysiakini.

Pasukan peguam bela Najib sekali lagi melakukan pemeriksaan balas terhadap Azian, dengan peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah cuba mendapatkan penjelasan sama ada pengaruh yang diperkatakan itu ‘ditelah sendiri’ (oleh Azian).

Shafee: Pengaruh ini, jika ada, adakah ia mengikut telahan (kamu) sendiri?

Azian: Kamu tanya pendapat saya?

Advertisement

Shafee: Tak, (soalan) ini bukan bertanyakan pendapat kamu.

Azian: (Soalannya adalah berkenaan) Sama ada saya terikat atau terpengaruh. Saya menjawab soalan itu (tadi).

Shafee: Saya akan perincikan. ‘Kamu tak boleh cakap tak ada pengaruh’. Adakah itu (pengaruh) ditelah sendiri oleh kamu?

Azian: Saya tak rasa ia perkara yang aneh untuk pekerja bawahan menerima permintaan daripada pegawai atasan.

Shafee: Hanya dalam (berdasarkan) kedudukan itu, sebab kamu kata dia bos sebenar kamu? Itu yang kamu kata (tadi).

Advertisement

Azian: Begitulah saya cakap tadi.

Shafee: Kerana hierarki dalam perhubungan?

Azian: Ya.

Shafee: Sebagai CEO yang bertanggungjawab, patutkah kamu membenarkan KWAP atau diri kamu sendiri untuk membuat keputusan yang salah berdasarkan ‘faktor pengaruh’?

Azian: Sebagai CEO, menjadi tanggungjawab fidusiari saya bagi memastikan KWAP tidak mengalami kerugian dalam pelaburan. Pengaruh (yang diperkatakan) adalah bagi memudahkan proses pinjaman.

Advertisement

Shafee: Oh begitu, bukan keputusan substantif, tetapi untuk memudahkan permohonan pinjaman. Kamu sebagai CEO KWAP sanggup membuat keputusan yang silap hanya kerana ‘pengaruh hierarki’ yang kamu perkatakan itu?

Azian: Saya ulang, tanggungjawab saya adalah untuk melindungi KWAP.

Shafee: Ya atau tidak?

Azian: Maaf, saya tak dapat jawab ya atau tidak kerana ia boleh disalah tafsir. Yang pasti, saya tidak akan melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang dan akta.

Shafee: Saya rasa itu dah cukup bagus. Terima kasih banyak-banyak. 

Advertisement

KWAP merupakan tabung kewangan yang memiliki nilai RM140 bilion dan menguruskan persaraan penjawat awam yang telah memberikan pinjaman RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB ketika itu, SRC International dalam dua transaksi dengan nilai setara, antara 2011 dan 2012.

Berdasarkan carta organisasi di laman web dana itu, CEO, ahli lembaga pengarah dan panel pelaburan melapor secara terus kepada menteri kewangan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel