Connect with us

Terkini

Bekas pelawak Senario ditahan terlibat kes gaduh, positif ganja

Seorang pelawak terkenal yang juga bekas pelawak kumpulan Senario ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras pada Selasa lalu.

Memetik laporan Kosmo!, pelawak berusia 41 tahun yang memegang watak utama dalam filem Aku Kaya The Movie itu ditahan bersama dua rakannya termasuk seorang wanita.

Loading…

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek diberkas selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan di hotel berkenaan pada pukul 5.45 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek wanita berusia 26 tahun itu pihak polis menemui satu paket dadah jenis methamhetamin.

Advertisement

“Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.

“Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang, Selangor,” katanya.

Pelawak berkenaan direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, namakala dua lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Dua suspek lagi direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, pelawak itu pernah ditahan polis atas kesalahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Subang Jaya pada Julai 2015.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel