Connect with us

Terkini

Bukan pilihan, Jho Low tetap perlu hadir di mahkamah hadapi pertuduhan – peguam

Seorang peguam kanan menolak cadangan bahawa ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho boleh dibicarakan tanpa hadir.

SN Nair berkata , ia bukan pilihan bagi seseorang yang dituduh melakukan jenayah yang belum didakwa di mahkamah.

Mengulas lanjut SN Nair berkata, di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC) jika seseorang didakwa di mahkamah dan melarikan diri semasa perbicaraan, maka mahkamah boleh membuat keputusan untuk meneruskan perbicaraan tanpa kehadirannya.

Beliau berkata lagi, di bawah undang-undang sedia ada, orang yang dituduh hanya boleh dibicarakan tanpa hadir selepas ia didakwa.

Advertisement

Loading…

Di bawah Seksyen 425A CPC mahkamah juga boleh membuat keputusan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pihak polis menangkap tertuduh dan membawanya ke mahkamah, katanya lagi seperti dilapor portal FMT.

Undang-undang sama juga menyebut, jika tertuduh tidak hadir, maka mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman seperti penjara seumur hidup atau hukuman mati ke atasnya.

Low Taek Jho kini dikehendaki di Malaysia atas jenayah kewangan yang berkait dengan dana pelaburan kerajaan 1MDB.

Walaupun satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya, Jho Low tetap enggan balik ke Malaysia dengan mendakwa dirinya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di negara ini.

Rakan rapat ibu bapa Jho Low membayangkan semalam, sekiranya beliau dibicarakan tanpa hadir, maka tidak ada orang yang akan pulang ke Malaysia sekiranya mereka berasa tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Advertisement

Yan Lee, yang bercakap menyokong keluarga Low sewaktu pihak berkuasa mengambil langkah merampas rumah keluarga itu di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, juga berkata, semua orang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan salah.

Nair bagaimanapun berkata, dakwaan Jho Low bahawa beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di negara ini hanyalah rungutan biasa.

“Biasalah bagi mana-mana orang kena tuduh untuk berkata mereka mungkin tidak mendapat perbicaraan yang adil, tetapi orang kena tuduh yang tidak hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan terhadap dirinya langsung tidak pernah kita dengar.

“Ia alasan yang lemah. Oleh sebab itu kita tidak membicarakan orang tanpa hadir,” katanya.

Peguam Nizam Bashir bersetuju bahawa perbicaraan tanpa kehadiran tertuduh tidak harus diadakan, terutama sekali jika beliau juga tidak hadir untuk menghadapi pendakwaan pertamanya.

Advertisement

“Jho Low mesti diberi peluang membela diri demi kepentingan keadilan itu sendiri.”

“Walaupun baik sekiranya kerajaan Malaysia Baru dilihat mematuhi undang-undang, masalah ini adalah lebih asas lagi,”

“Sistem kehakiman jenayah Malaysia tidak menyokong perbicaraan terhadap tertuduh yang tidak hadir dijalankan.” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel