Dakwa minyak kelapa sawit Malaysia jejas ekosistem alam, Tun M soal Di mana Robin Hood?

0
23012
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di The Cambridge Union Society hari ini.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad membidas dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa penggunaan minyak kelapa sawit menjejaskan ekosistem alam semulajadi.

Tun Mahathir menyifatkan penilaian itu terhadap keputusan Malaysia untuk menggunakan minyak kelapa sawit sebagai tidak adil dan langsung tidak boleh diguna pakai.


Loading…

“Minyak kelapa sawit adalah minyak sayuran boleh dimakan yang paling murah. Ia juga mudah ditanam, tanam sekali dan hasilnya boleh dinikmati sehingga 25 tahun akan datang.

“Tetapi ada yang menganggap kita menebang pokok-pokok lain semata-mata untuk menanam pokok kelapa sawit. Malah ada juga yang mengatakan kita memusnahkan habitat haiwan liar.” jelas Tun Mahathir lagi.

Tun Mahathir juga membandingkan hutan di Malaysia dan juga hutan-hutan di Eropah dengan berkata hutan-hutan di Eropah telah dibersihkan sehingga hari ini sukar untuk menemui haiwan liar jauh berbeza dengan hutan di Malaysia.

“Ambil contoh Britain. Di mana Robin Hood?

“Hutan-hutan di Eropah telah dibersihkan sehingga sukar untuk menemui haiwan liar. Tetapi di Malaysia, kami masih ada harimau dan kami akan hantar anda masuk ke dalam hutan, tengok jika anda boleh keluar dengan selamat,” kata Tun Mahathir dengan nada berseloroh sehingga mengundang tawa dalam kalangan hadirin.

Dr Mahathir yang berada di Cambridge Union Society di London untuk lawatan kerja selama tiga hari berkata demikian ketika sesi soal jawab selepas berucap.

Sebelum itu Tun Mahathir telah memberi syarahan tanpa teks dalam dewan Cambridge Union Society, yang berjaya menarik pendengar dengan syarahannya mengenai kisah dari zaman penjajahan British hingga ke masalah yang dihadapi negara dan dunia pada masa kini.

Pendengar syarahan itu termasuklah pelajar universiti Cambridge, pelajar Malaysia di UK dan juga rakyat Malaysia yang berada di UK.

Turut hadir pada syarahan tersebut, isteri Tun Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.