Connect with us

Terkini

Dr Mahathir ‘bersama’ pasukan Avengers di Pavilion

Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk berhimpun bersama dengan adiwira dunia ciptaan Marvel, pasukan The Avengers, di Pavilion, di Kuala Lumpur

Ketibaan Perdana Menteri berusia 93 tahun bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, disambut oleh hampir keseluruhan anggota pasukan Avengers, antaranya Iron Man, Thanos, dan Captain America.

Loading…

Namun ia bukan bermakna negara sedang dilanda apa-apa musibah, malah adiwira yang menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara itu pun bukanlah pelakon filem sebenar, hanya kumpulan yang mengenakan kostum adiwira, yang dihimpunkan sempena majlis pelancaran buat julung kalinya pameran ‘Marvel Studios: Ten Years of Heroes Exhibition’ oleh adiwira negara, Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang dibawa meninjau keseluruhan ruang pameran yang akan dibuka kepada orang ramai bermula esok sehingga 17 Okt itu ketika diminta mengulas mengenainya berkata, kemajuan teknologi pembikinan filem ketika ini memang amat mengagumkan.

Advertisement

“Dulu kalau nak buat filem, kartun kena lukis dengan tangan, sekarang tak payah, boleh pakai animasi,” katanya.

Dr Mahathir yang menamakan Thanos sebagai karektor kesukaannya berkata, beliau percaya pameran itu akan menarik kunjungan ramai, antaranya kerana ia menjelmakan karektor adiwira lengkap dengan kostum hebat masing-masing.

Pameran anjuran Walt Disney Company Southeast Asia bersama dengan Crave Alive and Beast Kingdom dengan kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK itu berlangsung di tingkat 10, Pavilion, membawa pengunjung ke dunia pelbagai sensor Marvel Cinematic Universe, meraikan 10 tahun kemunculan filem-filem yang dihasilkan oleh Marvel Studios.

Bermula dengan filem Iron Man (2008), sehingga ke filem yang merekodkan kutipan pecah panggung tertinggi Avengers: Endgame (2019), semuanya yang dipaparkan menerusi 10 galeri di pameran itu, di samping menampilkan peralatan, kostum, serta konsep seni dari filemnya, dan pengalaman interaktif buat pengunjung.

Pengunjung juga berpeluang untuk membeli pelbagai barangan eksklusif, seperti kemeja-T, beg, serta cendera hati untuk koleksi peribadi, dan juga barang-barang yang dijual buat pertama kalinya di Malaysia.

Advertisement

Bayaran masuk ialah RM48 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel