Connect with us

Berita Lain

Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 11sen

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter manakala harga RON97 pula RM2.49 seliter, naik 11 sen bagi tempoh 29 hingga 5 Julai.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengekalan harga runcit RON95 dan diesel itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan bagi menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Loading…

Menurutnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya dijual pada harga RM2.19 serta RM2.28 seliter.

“Namun harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 (RON95) seliter dan RM2.18 (diesel) seliter,” katanya.

Advertisement

Menurut kementerian itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi RON95 dan diesel dalam tempoh yang sama berjumlah RM75.16 juta.– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel