Haziq dibawa jalani pemeriksaan di HKL – Peguam

0
326
Pasukan peguam Haziq, Sivanathan Ragava (kiri), Ramesh Sivakumar dan Afiqah Abdul Latiff di Hospital Kuala Lumpur awal hari ini.

Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku terbabit dalam klip video lucah bersama seorang menteri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selepas yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Haziq dilaporkan tiba di HKL kira-kira jam 8.30 pagi bersama pasukan peguam di Jabatan Kecemasan hospital terbabit.


Loading…

“Dia sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan.

“Status ditahan reman atau dibebaskan dengan jaminan masih belum diketahui,” kata peguam Haziq, Ramesh Sivakumar.

Semalam, Haziq dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq ditahan di KLIA pada jam 5.30 petang.

Berdasarkan tiket, Haziq berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina sebelum ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


Haziq sebelum ini telah memuat naik video di laman Facebooknya mendakwa dirinya adalah salah seorang individu dalam klip video yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Haziq juga digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin dan diarahkan untuk memberi surat tunjuk sebab. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...