Connect with us

Berita Lain

Haziq dibebas dengan jaminan polis

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz individu yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video lucah yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin Ali, dibebaskan dengan jaminan polis dengan seorang penjamin kira- kira jam 5.45 petang tadi.

Selesai proses ikat jamin terbabit, Haziq yang memakai kemeja T biru itu dibawa keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menaiki Proton Persona bersama peguamnya.

Loading…

Terdahulu, Haziq Abdullah yang bergari tiba di IPD berkenaan pada kira-kira 4.30 petang diringi beberapa anggota polis.



Seramai empat peguam mewakili Haziq diketuai Ramesh Sivakumar.

Advertisement

Ramesh memaklumkan kepada pemberita, Haziq tidak mahu diganggu dan masih belum bersedia untuk bertemu media.

Ramesh juga berkata, Haziq berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh penahanannya dan memberikan kerjasama baik kepada polis dalam siasatan kes itu.

“Proses siasatan berjalan lancar. Dia (Haziq) juga dalam keadaan baik dan ceria.

“Setakat ini, siasatan sudah selesai tetapi, jika ada apa-apa lagi diperlukan polis selepas ini, dia akan hadir beri kerjasama,” katanya lagi.

Ramesh berkata, pihaknya dimaklumkan tiada sebarang sekatan dikenakan ke atas Haziq untuk ke luar negara setakat ini.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan mengesahkan pembebasan Haziq.

Pemuda berusia 27 tahun itu sebelum ini ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika cuba berlepas ke Manila, Filipina.

Sebelum ini Haziq menjadi tumpuan selepas mengaku dia merupakan individu dalam video seks yang didakwa turut melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Beliau disiasat di bawah empat seksyen, termasuk melibatkan tuduhan persetubuhan luar tabii dan menyebarkan bahan lucah.

Pagi tadi, Haziq telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan doktor.

Advertisement

Haziq juga sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin dan diarahkan untuk memberi surat tunjuk sebab selepas didapati tidak hadir tanpa sebab ke pejabat sejak Selasa lepas.

“Kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan (Haziq) serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan.

“Kalau tidak dijawab, kita akan ikut proses pentadbiran untuk menamatkan perkhidmatan beliau kerana dalam kontrak beliau terdapat akujanji untuk tidak melakukan salah laku yang boleh menjejaskan imej dan reputasi kerajaan,” katan Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu sidang media sebelum ini. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel