Connect with us

Terkini

Haziq ditahan di KLIA

KUALA LUMPUR – Individu yang terlibat dalam video seks bersama seorang menteri kanan Kabinet, Haziq Abdullah Abdul Aziz di tahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang dekat sini hari ini.

Berdasarkan laporan Portal Malaysiakini yang memetik portal The Malaysian Insight, Haziq Abdullah ditahan di KLIA, petang tadi.

Loading…

Selain itu memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), peguam Haziq Abdullah, Ramesh Kumar memberitahu anak guamnya ditahan di KLIA2 ketika mahu berlepas ke destinasi yang tidak diketahui.

“Saya dalam perjalanan ke sana,” katanya seperti dipetik portal FMT.

Advertisement

Penahanan itu dibuat berikutan pengakuan Haziq Abdullah yang merupakan Ketua AMK Cabang Santubong, Sarawak bahawa dia adalah individu dalam video seks tersebut.

Rabu lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkannya dalam satu video lucah.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuh beliau dan memusnahkan karier politiknya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel