Connect with us

Terkini

Haziq: Semua orang lupa saya juga mangsa kerana saat intim dirakam dan dibocorkan

Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang terpalit dalam skandal seks berprofil tinggi, menegaskan bahawa dia juga adalah mangsa dalam kejadian itu.

“Semua orang lupa bahawa saya pun adalah mangsa kerana ada orang yang merakam dan membocorkan apa yang sepatutnya menjadi saat intim,” katanya kepada akhbar The Sun.

Loading…

Ketua Pemuda PKR Santubong juga mendakwa tidak tahu mengenai dalang di sebalik rakaman itu ketika ditanya sama ada dia telah mendedahkan butiran kejadian kepada polis.

Haziq, 27, juga memuji polis kerana melayannya dengan baik semasa dalam tahanan berikutan penangkapannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.

Advertisement

“Mereka layan saya dengan baik. Polis yang jaga saya sangat profesional dan mereka kekal berkecuali,” katanya.

Haziq, yang dibebaskan dengan jaminan polis pada hari berikutnya, turut mendedahkan bahawa keluarganya sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Mereka (ibu bapanya dan adik-beradik) tahu saya memerlukan semua sokongan yang boleh mereka berikan sekarang… Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh tetapi saya selalu ada keluarga saya bersama,” katanya.

Minggu lalu, beberapa individu yang tidak diketahui telah membocorkan klip video seks melalui kumpulan Whatsapp.

Haziq, dalam “pengakuan” yang disiarkan di Facebooknya, mendakwa bahawa dia adalah individu dalam klip tersebut yang melakukan aksi atas ranjang itu bersama seorang lagi individu yang menyerupai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Advertisement

Dia juga mendakwa bahawa Azmin terbabit dalam klip berkenaan dan aksi hubungan sejenis mereka itu dirakamkan di sebuah bilik hotel di Sandakan semasa pilihan raya kecil bulan lalu.

Azmin menyifatkan video itu sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Pihak polis sedang menyiasat video berkenaan bagi menentukan sama ada klip itu adalah sahih. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel