Connect with us

Terkini

Isu peralihan jawatan PM : Anwar tegaskan tiada masalah antara dia dan Tun M

PUTRAJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, soal tarikh dan sebagainya adalah antara mereka berdua.

Loading…

“Jawapan Perdana Menteri (Dr Mahathir) yang penting ialah bahawa yang dimeterai, yang dijanjikan akan ditunaikan.

“Kita harus beri ruang siapa sahaja Perdana Menteri, mesti diberi ruang supaya mentadbir dengan berkesan tanpa diganggu jadual peletakan jawatan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Elaun Sara Hidup Kepada Sasterawan Negara, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Bagi dirinya dan Dr Mahathir, isu jawatan Perdana Menteri telah selesai dan mereka sentiasa berjumpa setiap minggu.

“Tidak ada sama sekali sebarang masalah setakat ini bagi peralihan itu,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang akan menyerahkan jawatan itu dalam tempoh tiga tahun dan bukan dua tahun seperti yang dilaporkan dipersetujui Pakatan Harapan, Anwar berkata: “Itu hanya andaian.” – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel