Connect with us

Terkini

Kawal penyokong desak Dr M serah jawatan, pegawai PM tegur Anwar

Seorang pegawai perdana menteri hari ini menegur Anwar Ibrahim dan meminta presiden PKR itu mengawal para penyokongnya yang mendesak Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan.

Setiausaha Politik Mohd Zahid Md Arip di YouTube semalam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang berkata semua masalah di Kedah akan berubah sekiranya Anwar dilantik menjadi perdana menteri.

Loading…

“Salakan ini bukannya kali pertama, sudah banyak kali dia buat salakan. Ini yang terkini. Siapa yang lalu di depan rumah, dia akan menyalak,” katanya seperti dilapor portal FMT.

Zahid berkata bukan seorang sahaja berkelakuan begitu, dan dia melihat perkembangan ini plot untuk menekan Mahathir.

Advertisement

Beliau berkata hanya “tuan” mereka sahaja yang boleh “menenangkan” mereka.

“Saya harap tuan dia kena bersuara, mendiamkan dia. Kalau tidak nanti, orang kata tuan pun bersekongkol,” katanya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid menyeru Mahathir menyatakan dengan jelas tempoh masa dia akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Dr Mahathir sebelum ini mengesahkan dia akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan, tetapi tidak ada tempoh masa ditetapkan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel