Connect with us

Sukan

KJ tetap hantar borang jika masih layak untuk bertanding

REMBAU: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap akan menghantar borang pencalonan bagi jawatan presiden MPM, sekiranya Pesuruhjaya Sukan (PJS) memutuskan dirinya masih boleh bersaing untuk jawatan itu.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada keputusan mengenai tarikh baharu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Ke-22 dan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan ikut peraturan. Kalau dibuka semula (pencalonan presiden MPM), saya akan hantar borang. Kalau diteruskan dengan pencalonan yang lama (dan saya tidak layak kerana lambat menghantar borang), saya akan terima.

“Saya hendak perkara ini selesai dengan baik dan jangan kemelut ini dipanjangkan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidifitri beliau, isterinya, Nori Abdullah dan keluarganya di Kampung Gadong dekat sini, hari ini.

Advertisement

MPM telah mengambil keputusan menangguhkan AGM Ke-22 yang sepatutnya berlangsung hari ini serentak dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk sukan atlet kurang upaya itu.

Ini selepas MPM membuat ketetapan supaya sebarang keputusan berkaitan AGM dan status pencalonan mereka yang ingin bertanding telah diserahkan sepenuhnya untuk dibuat badan yang mengawal selia semua persatuan sukan tersebut.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, sebaik saja keputusan berhubung tarikh AGM baharu dibuat, beliau berharap ia akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah termasuk berhubung isu tarikh tutup penghantaran borang pencalonan. 

“Kali ini, perlu dinyatakan dengan jelas tarikh tutup untuk menghantar borang dan jangan ubah atau buka semula untuk elak masalah berulang.

“Saya tidak nampak di mana berlaku kontroversi sangat. Sebagai bekas menteri, saya tahu kalau sudah habis tempoh, kita tidak boleh lagi hantar borang,” katanya. 

Advertisement

“Ahli gabungan MPM juga tahu mengenai sumbangan dan rekod prestasi saya semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan,” katanya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pencalonan Khairy sebelum ini dipertikaikan kerana beliau dikatakan hanya menghantar borang pencalonan selepas tamat tempoh yang sah bagi kerusi nombor satu MPM, apabila penyandangnya, SM Nasarudin SM Nasimuddin tidak mahu mempertahankan jawatan itu. – BERNAMA 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel