Connect with us

Terkini

KPN sahkan polis siasat Apandi

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat terhadap bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.”Semua laporan polis yang diserahkan akan disiasat,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Abdul Hamid tidak menyatakan siasatan dijalankan mengikut seksyen mana.Abdul Hamid berkata demikian sebagai mengulas laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Loading…

Dalam laporannya Lip Eng meminta polis dan agensi penguat kuasa menyiasat Apandi yang didakwa turut berperanan cuba menutup skandal 1MDB.

Menurut laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi semalam, Lip Eng juga berharap bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta bekas ketua polis negara disiasat sama.Apandi dikaitkan dengan kes membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menutup skandal yang 1MDB.

Advertisement

Pada bulan Julai 2015, Najib yang menjadi perdana menteri ketika itu melantik Apandi sebagai peguam negara menggantikan Abdul Gani Patail.

Ketika itu, Abdul Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit dalam akaun bank Najib.

Najib kini sedang dibicarakan untuk sejumlah pertuduhan berkenaan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada pemberita yang kerajaan baru menimbang untuk melancarkan siasatan terhadap Apandi dan bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar ekoran tindakan mereka ketika mengendalikan siasatan 1MDB.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel