Connect with us

Jenayah

Langkah jejaki Jho Low tidak akan didedahkan – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mendedahkan langkah-langkah yang yang diambil dalam usaha mereka menjejaki ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilah Jho Low bagi membantu siasatan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.

Loading…

“Bagi maksud strategi dan menjaga bukti, kami tidak dapat mendedahkan kepada anda langkah-langkah yang diambil,” katanya dalam persidangan media pertama yang diadakannya sejak dilantik menerajui SPRM pada 1 Jun lepas, di sini hari ini.

SPRM pada 7 Jun lepas mengeluarkan waran tangkap kepada Jho Low bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

“Sekiranya kami sudah hampi (menahan Jho Low)…. saya tak dapat beritahu anda, sehingga kami dapat dia. Setiap kali (sebelum ini) kami buat pengumuman – ‘Jho Low ada di Macau dan kami akan dapatkannya’ – ia tidak membantu, betul tak?,” katanya. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel