Connect with us

Pilihan Editor

Latheefa: Itu ‘bar ribbon’, bukan darjah kebesaran, keutamaan kes rasuah bukan pakaian seragam

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini tampil menjawab kritikan bahawa butiran pada baju seragamnya termasuk lencana pangkat perlu dipakai sebagai pemegang jawatan berkenaan berdasarkan perintah tetap.

Bar ‘ribbon’ pada pakaian seragamnya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012, yang mengarahkan bahawa seseorang Ketua Pesuruhjaya berdasarkan jawatannya dikehendaki memakai ‘bar ribbon’ seperti yang disenaraikan.

Loading…

Latheefa berterima kasih kepada pihak yang menunjukkan “minat tinggi” terhadap pakaian seragamnya dan mengaku bahawa dia baru sahaja mempelajari berkenaan lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam, katanya dalam kenyataan media.

Kata Latheefa walaupun terdapat sedikit kekhilafan dalam ‘bar ribbon’ terbabit yang sudah diperbetulkan dan beliau turut menjelaskan bahawa butiran yang dipakai pada seragamnya bukanlah pingat atau darjah kebesaran dari Istana.

Advertisement

“Walaupun pada asasnya ia adalah betul dan boleh diterima, namun terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon yang kini telah pun diperbetulkan.

“Keduanya, saya tidak memakai pingat sebagaimana yang diperkatakan oleh beberapa pihak.

Bar ribbon ini tidak harus dikelirukan dengan pingat atau darjah kebesaran yang dikurniakan dari pihak istana, sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.

“Butiran lain di atas baju seragam saya adalah lencana-lencana pangkat yang saya dikehendaki memakai sebagai ketua pesuruhjaya dan adalah berdasarkan perintah tetap,” katanya.

Latheefa juga berkata keutamaannya kini sejak mengambil alih tugas adalah untuk menangani kes rasuah.

Advertisement

“Keutamaan saya sejak mengambil alih tugas (Ketua Pesuruhjaya SPRM) adalah kes rasuah yang serius dan bukanlah butiran pemakaian seragam saya,” kata Latheefa.

Sebelum itu tular di media sosial gambar Latheefa yang memakai pakaian seragam Ketua Pesuruhjaya SPRM menghadiri majlis perbarisan hormat anggota agensi itu.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam juga mempersoalkan bagaimana Latheefa boleh memakai banyak butiran pada pakaian seragamnya.

Lokman menuntut penjelasan daripada Latheefa kerana beliau baru sahaja sebulan memegang jawatan sebagai KP SPRM.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa turut mempersoalkan perkara tersebut dan meminta SPRM memperincikan bintang kebesaran pada pakaian seragam dipakai Latheefa itu. – Malaysian Update

Advertisement

Baca: ‘Ada bintang dan pingat boleh beli dekat Lazada ke?’ – Lokman persoal pingat, bintang Latheefa

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel