‘Lebai’ sembah berhala akan dibebaskan dengan jaminan polis, kes akan diambil alih Bukit Aman

0
255
VIDEO tular seorang lelaki bukan beragama Islam yang berpakaian seperti ‘lebai’ dan menyembah berhala ‘Datuk Kong’. - Foto oleh Berita Harian

Seorang nelayan lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemujaan tokong ‘Dato Kong’ di Tanjung Piandang di Bagan Serai, akan dibebaskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pasukan siasatan dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan dan permohonan reman ke atas lelaki itu yang sepatutnya dikemukakan di Mahkamah Majistret Parit Buntar hari ini dibatalkan.


Loading…

Katanya suspek yang berumur 43 tahun dari Tanjung Piandang dijangka dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam atau sebelum 7 malam hari ini atau selepas siasatan selesai dijalankan.

“Kes ini tidak terhenti di sini kerana siasatan daripada pelbagai aspek akan diteruskan terhadap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Omar Bakhtiar berkata pihaknya telah menahan suspek setelah dia datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada 5 petang semalam.

Nelayan bukan beragama Islam yang berpakaian seperti ‘lebai’ itu ditahan bagi membantu siasatan kes pemujaan yang tular di media soaial baru-baru ini.– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...