Connect with us

Terkini

Mufti Perlis hormati pendirian Dr M, ajak umat Islam beri sokongan

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata beliau menghormati pendirian perdana menteri mengenai status penceramah yang dikehendaki kerajaan India, iaitu Dr Zakir Naik.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, beliau memuji pendirian perdana menteri yang enggan tunduk kepada “kezaliman dan penindasan”.

“Pendirian Mahathir dalam isu ini amat dihormati.

“Ia membuktikan sikap beliau yang tidak tunduk kepada kehendak kezaliman dan penindasan di India,” tulisnya di media sosial pagi ini.

Advertisement

Mufti Perlis itu juga menyeru berkata umat Islam dan rakyat yang setia kepada negara ini untuk berdiri di belakang Dr Mahathir Mohamad dalam isu berkenaan sebagai tanda sokongan.

“Umat Islam dan rakyat yang setia hendaklah berada di belakang YAB Tun Mahathir dalam isu ini.”

Dr Zakir Naik ialah rakyat India yang dikehendaki kerajaan negara itu atas dakwaan menaja keganasan serta pengubahan wang haram namun beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menerusi hantaran yang sama Dr Asri tanpa merujuk kepada mana-mana nama atau individu secara khusus berkata ketaatan dan tumpah setia mereka terarah kepada “negara asal” masing-masing.

“Dalam isu DZN (Dr Zakir Naik), nyata kesetiaan mereka bukan kepada Malaysia sebaliknya kepada India,” katanya lagi.

Advertisement
Dalam satu hantaran di media sosial Facebooknya pagi ini Dr Maza memuji pendirian perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung status Dr Zakir Naik. – Foto screenshot FB Dr Maza

Semalam perdana menteri yang mengulas isu Dr Zakir Naik yang kini dikehendaki oleh kerajaan India berkata, kerajaan berhak untuk menentukan individu terbabit mendapat keadilan, walaupun terdapat permohonan untuk menghantar seseorang itu ke negara lain.

Dengan memberi perbandingan permohonan Malaysia terhadap kepada Canberra untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah atas kesalahan bunuh. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel