Connect with us

Terkini

Nancy: Rakyat Sarawak mahu Najib kembali jadi PM

Bekas perdana menteri Najib Razak kekal popular dalam kalangan rakyat Sarawak kerana sumbangannya terhadap pembangunan negeri itu, kata Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri.

Menggesa agar PH tidak mengenepikan Sarawak dalam rancangan pembangunan, Nancy berkata Najib meluangkan masa memahami keperluan rakyat negeri itu ketika menjadi perdana menteri.

Loading…

“Jika anda bercakap dengan orang Sarawak, mereka mahu Najib kembali (sebagai perdana menteri) kerana beliau melawat semua kawasan pedalaman.

“Saya tidak cuba mempromosi beliau, tapi beliau tahu apa yang rakyat Sarawak perlukan.

Advertisement

“Beliau mengunjungi Sarawak lebih 60 kali dan cuba memudahkan hidup kami,” kata bekas menteri BN itu ketika hadir sebagai panelis forum Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) di Kuala Lumpur hari ini, lapor Malaysiakini.

Antara lain, kata Nancy, pentadbiran BN meluluskan pelbagai projek infrastruktur skala kecil di bawah Belanjawan 2018, namun ia dibatalkan selepas PH mengambil alih kerajaan pada 9 Mei tahun lalu.

“Kami sangat bimbang dengan pembaharuan ekonomi.

“Apa-apa yang kami minta sangat kritikal dan diperlukan,” katanya sambil mempersoalkan cadangan projek mega seperti pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kedah.

Tambah Nancy, rakyat Sarawak masih beruntung kerana mempunyai RM31 bilion rizab negeri meskipun menurutnya kerajaan pusat perlu membantu kerajaan negeri dalam membangunkan negeri itu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel