Connect with us

Terkini

Pelantikan Mokhtar dalam PPK tidak jejaskan kes Amri dan Koh

Pelantikan bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mokhtar Mohd Noor dalam pasukan petugas khas (PPK) menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan aktivis sosial Amri Che Mat tidak akan menjejaskan kredibiliti siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya yakin ia tidak menjejaskan kewibawaan pasukan petugas berkenaan, saya dapat maklumat bahawa beliau (Mokhtar) ada terlibat sekali dalam masa pendengaran kes sahaja.

“Lebih daripada itu tidak ada…keanggotaan ramai, seorang sahaja tidak boleh kalau ada tujuan hendak mempengaruhi. Lagi pun pengerusinya bekas Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Kelestarian Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut berhubung dakwaan keluarga Koh serta Amri yang tidak bersetuju dengan pemilihan anggota pasukan petugas khas ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat kehilangan anggota keluarga mereka.

Rabu lepas, Muhyiddin mengumumkan PPK ditubuhkan dengan melibatkan enam anggota yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abd Rahim Uda.

PPK turut dianggotai Mokhtar; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya; Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Datuk Muhammad Bukhari Ab Hamid.

Selain itu, Pegawai Undang-undang Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Mohd Sophian Zakaria; dan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis KDN Mohd Russaini Idrus.

April lepas, Suhakam mengeluarkan laporan yang membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terlibat terhadap kehilangan secara paksa Koh serta aktivis sosial Amri, dan susulan laporan itu, Kabinet pada 23 Mei bersetuju sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi meneliti laporan Suhakam itu.

Advertisement

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Koh, 64, dilapor diculik ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya, dekat sini, pada 13 Feb 2017, sementara Amri, 44, pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel