Connect with us

Terkini

Penjawat awam perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah – PM

MELAKA – Penjawat awam di negara ini perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah dan menjalankan tugas mereka dengan berkecuali, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau berkata, penjawat awam perlu memahami bahawa mereka perlu akur terhadap tindakan dan dasar dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh parti pemerintah bagi memastikan pentadbiran negara diteruskan dengan baik.

Loading…

“Selepas pilihan raya (umum) lepas terdapat pertukaran (kerajaan) pusat dan negeri, ini dirasakan ganjil untuk memberi khidmat kepada mereka dahulu yang terdiri daripada parti lawan ditentang oleh kerajaan kita. Kadang-kadang agak sukar untuk menukar kesetiaan kita daripada kerajaan dahulu kepada yang baharu.

“Oleh kerana kita menerima sistem demokrasi yang mana kadang-kadang tukar kerajaan melalui pilihan raya maka kita perlu ingat bahawa anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat perlu membebaskan diri daripada parti yang memerintah,” katanya di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada ucaptama Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, barisan exco dan penjawat awam negeri ini. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel