Connect with us

Terkini

Penyanyi rock wanita ditahan pelihara beruang secara haram dalam kondominium

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini, semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam selepas pihak Perhilitan menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya.

Loading…

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahan wanita itu bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Advertisement

Video berdurasi lima saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial semalam. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel