Connect with us

Berita Lain

Perlantikan Latheefa perlu dijelaskan – Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim berpendapat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu memperjelaskan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Anwar berkata keputusan untuk melantik Latheefa itu dibuat oleh Dr Mahathir dan beliau juga tidak dimaklumkan mengenai pelantikan itu sehingga pengumuman dibuat.

Loading…

Menurutnya terdapat beberapa isu, seperti kabinet tidak dimaklumkan, pelantikan tidak selaras dengan Akta SPRM dan soal pelantikan tidak selari dengan janji dalam manifesto PH, yang perlu dijelaskan.

“Sudah tentu satu penjelasan diperlukan, kerana perkara ini adalah apa yang kita janjikan, tapi kita perlu melalui forum yang teratur (untuk penjelasan), seperti (mesyuarat) kabinet atau Majlis Kepimpinan Pakatan, jika kita mahu dapatkan penjelasan yang sebenar.

Advertisement

“Manifesto tidak dipatuhi, dan nampak seperti lantikan politik… saya rasa perlu penjelasan diberikan kepada orang ramai berhubung isu itu, mengapa manifesto tidak diberi perhatian, tidak dihormati, walaupun saya rasa Latheefa mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kedudukan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Perdana di Masjid Kubang Semang, semalam.

Antara yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan  Negeri, Abdul Halim Hussain dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Law Choo Kiang.

Namun, Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata beliau telah bersetuju untuk memberikan masa dan ruang buat perdana menteri untuk memberikan penjelasan mengenai pelantikan itu mengikut platform yang sepatutnya.

“Walaubagaimanapun tanggungjawab kita adalah untuk memastikan keberkesanan pentadbiran kerajaan, kerana kita telah diberikan komitmen bagi menyokong pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir,” katanya.“Kita akan memastikan SPRM kekal bebas, dan mereka yang diberikan tanggungjawab itu dilihat sangat profesional dan tidak akan diseret dalam kancah politik dan berpuak, ini adalah kebimbangan yang disuarakan,” katanya.

Tambahnya, PM telah lantik, tetapi beberapa soal harus diperjelaskan seperti soal manifesto dan proses pelantikan itu boleh dibincang secara baik dalam ruang yang ada dalam PH, malah dalam kabinet sendiri.

Advertisement

Sementara itu, Anwar berkata perletakkan jawatan Latheefa sebagai anggota PKR telah diterima oleh parti dan perkara itu tidak menimbul sebarang isu.

Latheefa dilantik sebagai KP SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lepas, menggantikan Mohd Shukri Abdull yang memilih untuk memendekkan kontrak perkhidmatan beliau. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel