Connect with us

Terkini

PM cadangkan cukai perniagaan atas talian bagi tingkatkan pendapatan

BANGKOK, 23 Jun —  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad semalam mencadangkan cukai perniagaan dalam talian diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan negara anggota Asean.

Dr Mahathir menyifatkan bahawa perniagaan dalam talian telah memberi kesan kepada perniagaan konvensional.

Loading…

Memetik Amazon.com sebagai contoh, beliau berkata kedai buku dalam talian itu menyebabkan kedai-kedai buku konvensional telah gulung tikar.

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Advertisement

“Menerusi perniagaan dalam talian, kita tidak tahu siapa yang mendapat keuntungan (kutipan cukai),” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Asean Ke-34, di sini, pada Sabtu.

Saranan itu disuarakan Perdana Menteri ketika sesi pleno Sidang Kemuncak Asean Ke-34 sebelum itu.

Dr Mahathir berkata ketika ini hanya negara asal perniagaan dalam talian itu yang mendapat keuntungan menerusi kutipan cukai tersebut.

“Kita tidak dapat apa-apa. Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa perkara supaya kita dapat sebahagian daripada cukai keuntungan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata sesi pleno itu juga membincangkan isu-isu lain berkenaan kerjasama Asean.

Advertisement

“Perdagangan intra-Asean adalah sangat kecil. Maka, perlu ada satu usaha khusus untuk meningkatkan perdagangan intra-Asean,” katanya.

Asean yang didiami lebih 600 juta penduduk merupakan pasaran besar untuk perdagangan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak Asean ke-34 di sini yang dipengerusikan Perdana Menteri  Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Dalam Pleno itu, para pemimpin negara anggota Asean membincangkan isu berkaitan tema sidang kemuncak berkenaan iaitu “Memperkukuhkan Kerjasama bagi Kelestarian”, termasuk kaedah untuk membina Komuniti Asean yang kukuh, berpaksikan rakyat, memastikan tiada yang ketinggalan dan melangkah arah masa depan yang gemilang. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel