Connect with us

Terkini

Projek dan penjualan aset kerajaan melalui tender terbuka – Guan Eng

GEORGE TOWN – Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengulangi bahawa kebanyakan projek dan penjualan aset kerajaan dilakukan melalui tender terbuka.

Menjawab pertanyaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tentang mengapa Kementerian Kewangan sekarang mencari ejen untuk menjual bangunan konsulat Malaysia di Hong Kong dan tidak sebaliknya menggunakan kaedah tender terbuka, Guan Eng berkata menggunakan kaedah tender terbuka akan melibatkan pelantikan ejen hartanah untuk menjalankan tender terbuka.

Loading…

“Malah ejen hartanah juga dilantik melalui tender terbuka. Keseluruhan proses adalah melalui tender terbuka tidak seperti kerajaan terdahulu. Jadi, saya tidak faham mengapa dia mempersoalkan proses ini sedangkan ia dilakukan melalui tender terbuka.

“Kami berharap Wee Ka Siong tidak terus berpura-pura tidak faham kerana dia berkali-kali berpura-pura tidak faham semata-mata untuk bermain politik,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di No 661 Jalan Batu Perempuan, Air Itam di sini, hari ini.

Advertisement

Semalam, The Star Online melaporkan bahawa Wee bertanya sama ada ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) bagi kerajaan Pakatan Harapan untuk menjual asetnya di luar negara melalui perantara dan broker.

Guan Eng berkata kerajaan telah menetapkan tawaran harga rizab bangunan itu pada RM1.6 bilion. -Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel