Connect with us

Terkini

Putrajaya tawar RM6.2 bilion untuk ambil alih LDP, Sprint, Kesas, Smart

KUALA LUMPUR — Kementerian Kewangan (MOF) telah memberikan surat tawaran rasmi kepada empat syarikat konsesi lebuhraya dengan harga ‘’enterprise value’’ atau nilai wajar perusahaan berjumlah RM6.2 bilion.

Empat konsesi lebuhraya bertol itu yang Gamuda Bhd mempunyai kepentingan ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART (SMART).

Loading…

Harga tawaran kepada LDP adalah RM2.47 bilion, Sprint (RM1.98 bilion), Kesas (RM1.38 bilion) dan SMART (RM369 juta.

Menteri Lim Guan Eng berkata kejayaan tawaran itu adalah tertakluk kepada ketekunan wajar, sokongan pemegang saham dan pemiutang  syarikat konsesi yang mencukupi serta kelulusan Jemaah Menteri yang muktamad.

Advertisement

“Jika proses pengambilalihan lebuhraya bertol ini berjalan dengan lancar, kerajaan, menerusi sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, akan memgambil alih lebuhraya berkenaan pada 31 Dis, 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak SPV akan membiayai harga tawaran sebanyak RM6.2 bilion dengan penerbitan bon.

Lim berkata dengan sistem caj kesesakan baharu seperti diumumkan sebelum ini, pengguna empat lebuhraya itu akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun, dan penjimatan ini bermakna pendapatan boleh guna isi rumah rakyat Malaysia akan bertambah dengan jumlah yang sama.

Caj kesesakan adalah caj boleh ubah yang bergantung kepada masa penggunaan. Kerajaan secara prinsipnya akan memberikan diskaun sehingga 30 peratus pada waktu luar puncak dan kadar percuma pada waktu bukan puncak.

“Di samping itu, bagi tidak membebankan rakyat, kerajaan akan mengekalkan caj kesesakan maksimum pada waktu puncak pada kadar tol sedia ada. Struktur akhir caj kesesakan akan dikaji secara terperinci dan diperhalusi sebelum ia dilaksanakan pada 1 Jan, 2020,” katanya.

Advertisement

Di samping itu, pengambilalihan empat lebuhraya berkenaan juga akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kenaikan kadar tol sehingga akhir hayat konsesi. — Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel