Connect with us

Terkini

Rekod SPRM: 1,300 ditangkap, 30 ahli politik VVIP, 13 CEO, 137 pegawai pengurusan profesional

Malaysia mencapai kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun ketika SPRM diterajui oleh Mohd Shukri Abdull sebagai ketua pesuruhjayanya.

Bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019, agensi itu membuat tangkapan hampir 1,300 orang antaranya melibatkan 30 ahli politik VVIP atau ‘ikan besar’, 13 pegawai pengurusan tertinggi, 30 ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, serta 137 pegawai pengurusan profesional.

Mohd Shukri berkata SPRM mencatat kejayaan besar dengan menjadikan Malaysia setaraf dengan Singapura, Hong Kong dan Singapura dalam usaha membanteras rasuah.

Loading…

Dalam tempoh setahun itu juga, katanya Malaysia mendapat pengiktirafan tinggi antarabangsa apabila SPRM dianugerahkan oleh Global Investigation Review (GIR) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat sebagai ‘The Most Emerging Enforcement for 2018’ dalam usaha perangi rasuah dan salah guna kuasa.

Advertisement
Malaysia mencapai kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun ketika SPRM diterajui oleh Mohd Shukri Abdull sebagai ketua pesuruhjayanya. – Foto oleh The Star

“Berduyun-duyun delegasi luar negara datang nak belajar dengan kita. Setiap bulan ada saja agensi luar negara datang nak belajar dengan kita.

“ Kita begitu kerap dipanggil badan-badan antarabangsa untuk memberi talk di international seminar,” katanya dalam satu pertemuan dengan media di Putrajaya hari ini.

Mohd Shukri bersara awal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) pada 31 Julai 2016 sebelum kembali sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mei 2018 untuk tempoh dua tahun secara kontrak. Mohd Shukri, 58, bagaimanapun memutuskan untuk memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun setelah Mohd Shukri membuat keputusan memendekkan kontraknya.

Mohd Shukri berkata pengiktirafan yang diterima membuktikan standard penyiasatan SPRM bertambah baik.

Pada sidang medianya, hari ini, Mohd Shukri turut menyatakan rasa kesalnya kerana dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang mendakwa beliau diarah meninggalkan SPRM kerana didakwa menutup beberapa kes berprofil tinggi.

Advertisement

Ini antaranya termasuk melibatkan Hishammuddin Hussein, Shahrizat Abdul Jalil dan Ahmad Zahid Hamidi.

Menjelaskan tuduhan berkenaan, Mohd Shukri berkata, seingat beliau, sepanjang menerajui SPRM, tidak ada fail dibuka terhadap Hishammuddin.

Dalam kes NFC Corp melibatkan Shahrizat, ia disiasat polis manakala Ahmad Zahid pula telah menghadapi pertuduhan, katanya.

Mengenai dakwaan terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau kerana didakwa melepaskan pasport bekas Peguam Negara Mohd Apandi Ali, Mohd Shukri menjelaskan tindakan itu tiada kena mengena dengan dirinya.

“Itu dilepaskan Jabatan Imigresen, Apandi buat permohonan di mahkamah, jadi apa kaitan dengan SPRM dan saya,” katanya.

Advertisement

Mohd Shukri berkata beliau juga dituduh menerima rasuah daripada pemimpin parti politik dan beliau menafikannya kerana tuduhan itu tidak berasas.

“Saya merayu pada mereka biarlah saya meninggalkan SPRM dalam keadaan aman. Saya tidak mahu lagi fitnah-fitnah yang tidak baik. Biar saya bersama keluarga dengan aman sebab saya telah buat sedaya terbaik mungkin kepada SPRM dan negara,” katanya. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel