Connect with us

Terkini

Rumah penyanyi Nash dipecah masuk ketika balik raya di kampung

Penyanyi rock terkenal Datuk Nash, terkejut apabila kediamannya di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor di pecah masuk.

Nash berkata dia sekeluarga dari baru pulang dari kampung halaman di Muar, Johor pada pukul 5.30 pagi tadi disambut dengan sebelum mendapati pintu ketiga-tiga bilik di rumah tersebut mempunyai kesan diumpil.

Loading…

Nash yang merupakan vokalis kumpulan Lefthanded bernasib baik apabila tiada barangan berharga yang diambil pencuri itu.

“Saya terkejut apabila mendapati rumah dipecah masuk sebaik sampai dari kampung pada pukul 5.30 pagi semalam. Selepas membuat pemeriksaan, saya bersyukur kerana tiada barang berharga yang diambil, cuma terdapat kesan pintu diumpil di ketiga-tiga buah bilik.

Advertisement

“Mungkin pencuri mencari wang atau barang kemas. Sebab itu, barangan berharga seperti televisyen tidak diambil,” kata Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elis, 59, seperti dilapor Kosmo!.

Nash berkata ini adalah kejadian pecah masuk kedua yang berlaku di rumahnya sejak menetap di situ hampir tiga dekad dan kejadian pecah masuk ini menjadi iktibar buatnya untuk mengetatkan sistem keselamatan di rumahnya dengan merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV).

“Selepas ini saya mahu memasang CCTV memandangkan ini bukan kejadian pertama,” ujarnya lagi yang telah membuat laporan polis di Balai Polis, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel