Connect with us

Mahkamah

Saksi dedah Lembaga pengarah SRC tak pernah mesyuarat dengan Najib

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd tidak pernah menyoal atau mengesahkan sama ada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil sememangnya satu-satunya orang yang ada hubungan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas ahli lembaga pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, 54, berkata sepanjang tempoh beliau bersama syarikat itu, tidak pernah ada mesyuarat antara lembaga pengarah dan Najib selaku penasihat emeritus SRC, tetapi semuanya menerusi Nik Faisal sebagai ‘penghubung’.

Loading…

Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh pada hari ke-22 perbicaraan hari ini.

Harvinderjit: Saya ingin dapatkan fikiran kamu, adakah kamu fikir kamu mengikut Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan Diperbadankan atau penasihat emiritus?

Advertisement

Ismee: Perdana Menteri selaku penasihat emiritus.

Harvinderjit: Sebenarnya tidak pernah ada mesyuarat antara penasihat emiritus dan lembaga pengarah?

Ismee: Tidak.

Harvinderjit: Tidak pernahkah semasa kamu dalam SRC, lembaga (pengarah) berkata hendak mendapatkan nasihat daripada penasihat emiritus?

Ismee: Tidak

Advertisement

Harvinderjit: Jadi semuanya hanyalah kata-kata lisan Nik Faisal?

Ismee: Ya.

Harvinderjit: Jadi untuk mengatakan Najib mempunyai kawalan penuh ke atas seluruh syarikat adalah bercanggah dengan peruntukan dalam Memorandum Penubuhan SRC International.

Ismee: Ya.

Kepada satu soalan peguam sama ada Nik Faisal satu-satunya orang yang ada hubungan dengan Najib sebagai penasihat emiritus akhirnya telah diselesaikan, saksi itu berkata, “Tidak”.

Advertisement

Terdahulu, pada prosiding pagi, mahkamah diberitahu bahawa Najib yang juga Menteri Kewangan pada masa itu dan ketua Menteri Kewangan Diperbadankan, telah dilantik sebagai penasihat emeritus SRC International.

Harvinderjit: Sama ada Nik Faisal ada berbincang dengan Najib sebagai penasihat emeritus (SRC International), lembaga tidak pernah pada sebarang masa menulis untuk mendapatkan pengesahan?

Ismee: Tidak.

Harvinderjit: Adakah disebabkan kata-kata (Nik Faisal) bunyinya sangat meyakinkan, lembaga hanya menerima apa juga yang dikatakan oleh Nik Faisal? Bunyinya tidak seperti cakap meraban dan bunyinya macam betul?

Ismee: Ya.

Advertisement

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel