Connect with us

Mahkamah

Saksi utama kes SRC, Suboh beri keterangan

Perbicaraan kes SRC International bersambung dengan bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, Suboh Md Yassin dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan terhadap Najib Razak.

Suboh, 68, dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat oleh Najib pada tahun 2011 dan merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes SRC International.

Loading…

Suboh dilaporkan melarikan diri keluar negara pada tahun 2015 sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa Jun tahun lalu dan kini diletakkan dalam program perlindungan saksi ketika menunggu untuk memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes SRC.

Suboh disebut pada prosiding perbicaraan kes itu pada Isnin lalu, ketika peguam mewakili Najib menyoal balas saksi ke-39 pendakwaan, iaitu bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, 54.

Advertisement

Mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), Individu yang diletakkan dalam program perlindungan saksi akan ditempatkan di rumah pilihan sendiri yang dirasakan selamat, atau di lokasi yang tidak didedahkan.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ini bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah kelakuan tidak wajar di bawah akta ini.

Pada prosiding Isnin lalu, peguam Harvinderjit Singh mencadangkan kepada Ismee bahawa Suboh mungkin terbabit dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil untuk menipu Lembaga Pengarah berhubung perjanjian perniagaan di antara Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

Ismee yang merupakan saksi pendakwaan ke-39 menjawab soalan Harvinderjit, bersetuju dengan cadangan peguam itu.

Gandingan Mentari adalah anak syarikat SRC manakala Putra Perdana Construction pula adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel