Connect with us

Pilihan Editor

‘Saya letak harga jualan hakcipta RM400 ribu kerana saya tahu buku ini boleh jadi bestseller’ – Penulis ‘Mengapa Anwar Tak boleh Jadi PM’ nafi ugut Anwar

Penulis manuskrip ‘Mengapa Anwar Tak boleh Jadi PM’ hari ini menafikan dirinya merupakan seorang penulis upahan dan berkata telah menulis tentang hal politik dengan lebih 50 judul buku politik, sejak 40 tahun dulu.

Antara salah satu buku yang pernah diterbitkannya pada tahun 1993 adalah berjudul ‘Anwar Ibrahim Antara Nawaitu dan Pesta Boria’.

Beliau yang mengaku sebagai penulis asal manuskrip tersebut juga menafikan cuba mengugut Presiden PKR itu untuk mendapat jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah yang ditawarkan kepadanya untuk menerbitkan buku itu.

Loading…

Sebaliknya berkata beliau menawarkan untuk menjual hak cipta buku tersebut kepada Anwar.

Advertisement

“Saya beri naskah itu kepada Anwar dan (anggota parlimen PKR) Johari Abdul untuk mereka baca, dan kalau mahu, membeli hak ciptanya. Saya kemukakan naskah itu kepada beberapa individu untuk mereka beli (dan) letak harga RM400,000…

“Saya letak harga jualan hakcipta RM400 ribu kerana saya tahu buku ini boleh jadi bestseller. Pengalaman selama 40 tahun sebagai penerbit/penulis saya tahu jenis buku yang boleh jadi bestseller.

“Saya terkejut bila Anwar kata saya hendak peras ugut dia minta bayaran RM400,000.

“Harga itu berdasarkan nilai hak cipta yang bakal dijual kepada pembeli.

“Kalau dia tak minat, jangan beli. Tak ada apa-apa paksaan sebab hak cipta itu saya punya,” katanya yang dikenali dengan nama Yahaya Ismail di Facebooknya awal pagi tadi.

Advertisement

Dalam sidang media semalam Johari mendedahkan manuskrip dan mendakwa Yahaya cuba untuk memeras ugut Anwar.

“Jika Anwar tawarkan harga lebih tinggi (daripada RM400,000 yang ditawarkan pihak lain), dia sanggup untuk beri buku itu kepada Anwar.

Jika tidak, dia akan beri kepada individu yang sanggup menerbitkan buku berkenaan,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi.

Dilaporkan Johari menerima manuskrip berkenaan 10 Jun lalu yang berkata turut membuat laporan polis berkenaan manuskrip itu.

Yahya bagaimanapun menafikan bahawa dirinya adalah penulis upahan dan mencabar pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti atau bersedia untuk berdepan saman daripadanya.

Advertisement

“Kalau mereka menuduh saya penulis upahan menghasilkan buku itu sila tunjuk bukti. Boleh cek akaun bank saya. Sila dedahkan nama manusia yang bermurah hati mengupah saya.

“Saya akan menyaman mereka kerana menuduh saya penulis upahan.” Tulisnya lagi.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Sempena Aidilfitri anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-India di Petaling Jaya, semalam berkata, polis harus menyiasat penulis manuskrip buku “Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’.

“Orang yang jadi penulis picisan dibayar, diupah masa (ini) untuk diketahui oleh umum, (harus) disiasat, diambil tindakan yang wajar.

“Polis harus siasat, dia ugut tak bayar RM400,000 kita ‘publish’ (terbit),” kata Anwar lagi.

Advertisement

Yahaya berkata dia akan menerbitkan sendiri buku tersebut jika tiada pihak lain yang berminat.

“InsyaAllah saya akan menerbitkan buku ini kelak sekiranya tidak ada pihak lain yang sanggup membeli hakciptanya.” – Malaysian Update

Baca: Manuskrip ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ – Anwar serah kepada polis siasat

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel