Connect with us

Terkini

‘Saya tak pernah lihat Haziq bersama Azmin’ setiausaha buat laporan polis

Satu laporan polis dan aduan qazaf akan dibuat terhadap video skandal seks songsang yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Setiausaha politiknya Hilman Idham berkata, laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sekitar jam 10 pagi, Khamis.

Loading…

“Selepas itu laporan qazaf akan dibuat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membersihkan nama Azmin,” katanya ketika ditemui pada majis solat hajat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini, lapor Projek MM.

Wakil rakyat Gombak Setia itu turut mempertikai kepimpinan PKR yang sehingga kini masih belum memecat ketua AMK Cabang Santubong itu.

Advertisement

“Beliau tinggalkan PKR untuk bersama Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Lepas kalah beliau kembali bersama PKR.

“Musykil bagaimana pada pemilihan (PKR) lalu dia bertanding dan melawan kem Azmin, kemudian menang tapi tiada tindakan diambil.

“Sepatutnya kepimpinan sudah awal lagi tak benarkan dia bertanding dan selepas pengakuan jenayah yang jijik beliau sepatutnya sudah dipecat serta merta,” katanya lagi.

“Sepanjang Azmin berada di Sandakan, saya ada bersama-sama beliau sejak tiba di lapangan terbang hingga tinggalkan lapangan terbang.

Sementara itu, Hilman turut mengulas dakwaan Haziq yang mengatakan beliau adalah individu bersama Mohamed Azmin sewaktu berlangsung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan bulan lalu.

Advertisement

“Saya yang aturkan program politik Azmin di Sandakan. Saya tak pernah lihat Haziq bersama Azmin.

“Beliau tak pernah dilihat bersama sekali dengan jentera Pakatan Harapan.”

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel