Connect with us

Terkini

Setiausaha politik desak Azmin letak jawatan, Anwar tak setuju

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara Farhash Wafa berkenaan isu video serta kedudukan Azmin sebagai timbalan presiden PKR.

“Sekali lagi saya menggesa pimpinan dan ahli parti supaya menggunakan saluran yang betul dan menyerahkan tugas siasatan isu ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Loading…

Merujuk kenyataan Farhash yang menggesa Azmin meletakkan jawatan, Anwar menegaskan beliau tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang didakwa membabitkan Mohamed Azmin.

Advertisement

Kenyataan yang dikeluarkan Anwar itu sebagai membalas kenyataan oleh Farhash Wafa.

Farhash Wafa Salvador Rizal

Sebelum itu Farhash yang juga merupakan pengerusi PKR Perak mengeluarkan kenyataan demikian ketika menafikan penglibatan dirinya dalam isu berkenaan.

Pada 12 Jun lalu negara digemparkan dengan penyebaran video seks yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Kes itu terus menjadi perhatian rakyat apabila Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil mengaku dirinya adalah individu dalam klip video lucah tersebut.

Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia cubaan jahat untuk menjatuhkan dan memusnahkan kerjaya politiknya. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel