Connect with us

Jenayah

Suspek pembunuhan beramai-ramai mengaku tidak bersalah atas serangan Christchurch

CHRISTCHURCH : Suspek utama kes pembunuhan beramai-ramai membabitkan dua masjid di Christchurch mengaku tidak bersalah hari ini atas beberapa tuduhan membunuh serta aktiviti keganasan dan akan dibicarakan tahun depan.

Hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi rangkaian audio visual dari penjara kawalan ketat di Auckland, Brenton Tarrant hanya membisu ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu bahawa tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Lelaki mendakwa dirinya pelampau kulit putih itu menerima 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan terbabit dalam aktiviti keganasan susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai pada 15 Mac lalu di bandar South Island.

Rakyat Australia berusia 28 tahun itu melepaskan tembakan rambang di masjid Al Noor yang ketika kejadian dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat Jumaat sebelum meneruskan perbuatan sama di masjid Linwood sambil menyiarkan perlakuan kejam berkenaan secara langsung di internet.

Advertisement

Mahkamah juga diberitahu bahawa pemeriksaan mental ke atas tertuduh mendapati dia sihat untuk menjalani perbicaraan bagi tragedi pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah moden New Zealand itu.

“Tiada sebarang isu ditimbulkan berhubung kesihatan mental tertuduh untuk menjalani perbicaraan,” kata Hakim Cameron Mander dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas sesi pendengaran berkenaan.

Kira-kira 80 jemaah yang terselamat dan ahli keluarga mangsa turut hadir memenuhi galeri awam mahkamah untuk melihat kelibat Tarrant.

Mengenakan t-shirt kelabu berleher bulat, Tarrant dilihat tersenyum sinis beberapa kali semasa sesi pendengaran itu.

Hakim Mander menetapkan 4 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan manakala Tait berkata, ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

Advertisement

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tarrant berada dalam tahanan sementara menanti tarikh 15 Ogos untuk hadir semula di mahkamah bagi menghadiri sesi penilaian kes.

Mander juga melarang semua agensi berita dari merakam foto atau video penampilan Tarrant dan mengarahkan mereka menggunakan imej dari sesi pendengaran terdahulu iaitu pada April lalu. – AFP

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel