Connect with us

Terkini

Tidak akan lepas jawatan TPM pada Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penegasan Dr Wan Azizah itu sekali gus menolak gesaan supaya beliau melepaskan jawatannya untuk memberi laluan kepada Anwar dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baharu dan seterusnya mengambil alih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelapan.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ingat tidak berbangkit sebab kita dah janji sebelum ini bahawa Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir (Mohamad), dan saya adalah Timbalan Perdana Menteri.

“Masa saudara Anwar ambil sebagai presiden parti (PKR) pun tidak ada perbedaan, jadi saya dah katakan bila Anwar jadi PM, saya akan ‘step down’ (berundur), so tiada isu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pertahanan Siber Persatuan Antikeganasan dan Profesional Keselamatan Antarabangsa 2019 (IACSP), di sini hari ini.

Advertisement

Dr Wan Azizah mengulas gesaan Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd Shaid Rosli yang mendesak Dr Wan Azizah meletak jawatan terlebih dahulu jika PKR mahu peralihan kuasa di antara Dr Mahathir dan Anwar berlaku dalam tempoh berbaki setahun lagi.

Katanya, beliau tetap berpegang pada janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini menyetujui Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika mengambil alih kerajaan.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa peralihan kuasa akan berlaku seperti mana dijanjikan oleh Dr Mahathir iaitu memberi laluan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri selepas dua tahun pembentukan kerajaan PH. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel