Connect with us

Terkini

Tun Mahathir terima kunjungan hormat perwakilan CPC

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), Li Xi, di Perdana Putra, di sini.

Li yang diiringi delegasi CPC dan Dr Mahathir berbincang mengenai hubungan dagangan antara kedua-dua negara selain memperkukuh hubungan dua hala, dalam pertemuan mereka yang berlangsung selama kira-kira setengah jam.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Li, yang juga Setiausaha Parti Komunis China bagi Jawatankuasa Wilayah Guangdong, dalam mesyuarat itu mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir bagi pihak Presiden China Xi Jinping berhubung pendirian beliau di tengah-tengah kemelut perang perdagangan Amerika-China.

Li turut menyatakan bahawa di bawah kepimpinan Dr Mahathir, Malaysia akan mencapai kemajuan lebih jauh dan beliau turut menyampaikan undangan kepada Dr Mahathir untuk melawat Guangdong.

Advertisement

Guangdong dengan jumlah penduduk seramai 113 juta orang, mencatat jumlah Keluaran Dalan Negeri Kasar (KDNK) sebanyak AS$1.5 trilion pada tahun lepas.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Duta China ke Malaysia Bai Tian dan Naib Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Guo Yezhou.- Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel