Connect with us

Terkini

Video intim: Giliran Haziq pula buat laporan polis

Haziq Abdullah Abdul Aziz hari ini membuat laporan polis susulan pengakuan terbukanya berkenaan video seks yang didakwanya juga melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama telah digantung tugas serta-merta, dan diberi masa sehingga esok untuk memberi surat tunjuk sebab.

Loading…

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kelana Jaya hari ini.

Haziq hari ini telah memuat naik satu salinan laporan polis di laman Facebooknya yang dibuat di Balai Polis Kelana Jaya dengan tujuan untuk menyangkal segala tohmahan netizen, cybertroophers dan beberapa pemimpin lain.

Advertisement

“Anda boleh menggelar saya apa-apa sahaja yang anda mahu tetapi saya tidak pernah dibesarkan sebagai penipu,” kata Haziq dalam kenyataan di Facebooknya.

Dalam laporan itu yang dimuat naik itu Haziq yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong tersebut juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatannya dan mendakwa dirinya diancam, diugut dan dimanipulasikan. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel