Connect with us

Terkini

[VIDEO] Jasliza terkejut Agong tawar bantuan

Mangsa nahas Jasliza Jamil terkejut apabila mendapati lelaki berpayung kuning diiringi individu bersongkok lilit putih yang mendatanginya untuk menawarkan bantuan adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Jasliza Jamil yang terlibat dalam kemalangan tersebut pada mulanya menyedari kehadiran pasukan konvoi polis susulan kereta dinaikinya terbabas di susur Pesiaran Barat Lebuh Sentosa di sini hari ini.

Loading…

Namun dia tidak menjangkakan rupa-rupanya konvoi itu membawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, lebih-lebih lagi Seri Paduka Baginda sudi turun mencemar duli untuk memberi bantuan.

“Ingat polis datang hendak tengok keadaan, tetapi bila tengok payung kuning dan ramai-ramai lelaki pakai songkok lilitan putih, rupanya-rupanya ia adalah Agong.

Advertisement

“Baginda turut menawarkan untuk membawa saya ke hospital tetapi saya ambil keputusan untuk ke balai polis terlebih dahulu,” kata Jasliza.

Jasliza ketika kejadian sedang memandu Perodua Alza sebelum kereta hilang kawalan sebelum terbabas di susur Persiaran Barat ke lebuh Sentosa, Putrajaya.

Jasliza, 38, yang juga Pegawai Komunikasi Korporat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana mengambil berat terhadapnya atas insiden berkenaan.

Terdahulu, menerusi hantaran dalam Instagram istana_negara memaklumkan Seri Paduka turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Alhamdulillah pemandu kenderaan terbabit, Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius.

Advertisement

“Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku,” maklum Instagram istana_negara itu lagi. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel