Connect with us

Terkini

Video seks: Haziq cabar Azmin saman

Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mendakwa dirinya adalah salah seorang individu dalam video seks yang tular baru-baru ini mencabar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika benar beliau tidak terlibat dalam video seks tersebut.

Haziq juga turut mencabar Mohamed Azmin untuk membuat laporan polis terhadap pengakuannya baru-baru ini.

Loading…

“Dia patut melakukannya sendiri (laporan polis). Dedahkan segala bukti dan perincian kepada umum,” katanya seperti dipetik dalam wawancara eksklusif bersama The Star.

Sebelum ini setiausaha politik Mohamed Azmin iaitu Muhammad Hilman Idham telah membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan.

Advertisement

Mohamed Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR sebelum ini menafikan dirinya terlibat dalam video seks berkenaan dan mendakwa pemyebaran video berkenaan berniat jahat untuk menjatuhkan karier politiknya.

Haziq bagaimanapun menegaskan berkata bahawa dirinya dan Mohamed Azmin terlibat dalam video tersebut.

“Saya bukan penipu. Saya mahu perkara ini di bawa ke mahkamah supaya rakyat Malaysia dapat ‘menyaksikan’ sendiri buktinya. Barulah mereka (rakyat) dapat tahu siapa yang bercakap benar.

“Sebenarnya, saya juga mangsa situasi tersebut. Jika saya memfitnah Mohamed Azmin, beliau mempunyai hak untuk mendakwa saya di mahkamah.

Pada mulanya, saya tidak menentang Azmin kerana kami berdua merupakan mangsa keadaan.

Advertisement

“Bagaimanapun, saya kecewa apabila Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Muhammad Hilman Idham cuba ‘mendiamkan’ saya dan Mohamed Azmin menuduh saya diperalatkan oleh UMNO serta Barisan Nasional (BN),” kata Haziq yang juga merupakan seorang peguam. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel