Connect with us

Terkini

Video semburit: IGP sahkan polis telah buka kertas siasatan

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata kertas siasatan telah dibuka berhubung kes video semburit melibatkan seorang lelaki didakwa mirip Azmin Ali yang tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Menurutnya, pihak polis akan mengambil tindakan selepas menerima laporan seperti kes-kes lain.

“Ada laporan polis kita buka siasatan, ambil tindakan.

Loading…

“Orang sibuk beraya sekarang ini, susah nak panggil-panggi orang (untuk beri keterangan),” katanya ketika ditemui pemberita di majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya hari ini, lapor Malaysiakini.

Advertisement
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador

Ditanya sama ada akan ada individu dipanggil bagi memberi keterangan, Abdul Hamid berkata:

“(Laporan itu) dalam proses siasatan. Boleh dipanggil, boleh tak dipanggil. Mana yang berkenaanlah.”

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin mengesahkan laporan polis berhubung video tular itu telah dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Video tersebut tersebar awal pagi 11 Jun menerusi beberapa kumpulan WhatsApp, memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel, melakukan hubungan seks sejenis dengan salah seorang daripadanya kelihatan menyerupai Azmin Ali.

Sehari selepas itu, bekas setiausaha sulit kanan kepada timbalan menteri di Kementerian Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan bersumpah bahawa dia merupakan individu dalam video tersebut bersama seorang lagi individu yang didakwanya Azmin Ali.

Haziq mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Advertisement

Laporan polis pertama kali dibuat oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam di Putrajaya.

Pagi ini pula, Setiausaha Politik Azmin, Muhamad Hilman Idham membuat laporan polis berhubung kes video tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Muhammad Hilman kemudiannya membuat aduan qazaf bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap penyebaran video itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Putrajaya.

Qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi.

Terbaru, Haziq turut membuat laporan polis di Balai Polis Kelana Jaya untuk ‘menyangkal segala tohmahan yang dibuat oleh warganet, laskar siber, Hilman serta pihak yang lain’.

Advertisement

Sementara itu, ketika disoal tentang video baru yang disebar semalam pula, Abdul Hamid meluahkan rasa terkejutnya.

“Eh, terkejut saya. Iya (ada video susulan)?

“Mungkin mereka (polis) akan taklimat saya kemudian,” tambahnya lagi.  

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel